Alhamdulillah..akhirnya saya berjaya menghabiskan peperiksaan SPM pada minggu lepas. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya saya sudah menjadi mantan pelajar yang sekarang ini sedang berusaha menyibukkan diri memenuhi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Banyak sangat kenangan lalu yang tidak akan sama sekali sirna daripada ingatan saya. Cikgu-cikgu..junior2..mak cik dewan makan…pak cik n mak cik jaga dan yang paling penting kawan-kawan itu semua akan tersemat dalam memori saya..menjadi sebuah memorabilia yang akan berkekalan sepanjang hayat. Memang hati ini sukar untuk melafazkan kata-kata perpisahan tapi apakan daya itulah fitrah. Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan sebuah perpisahan yang akan diiringi dengan linangan air mata. Walaupun facebook menjadi pengubat rindu tetapi itu tidak sama jika berhadapan secara live dengan mereka. Sekadar untuk mengungkapkan peritnya sebuah perpisahan..namun masih terngiang-ngiang kata2 Ustaz Bakru…kita tidak pernah berpisah..menjadi penawar tatkala hati ini diselubungi kesedihan. Doaku kepada teman-teman agar gunakanlah masa sebaiknya sebelum terlambat. Jadilah manusia berguna kepada bangsa agama dan negara. Semoga suatu hari nanti kita bertemu semula dalam keadaan suasana penuh mahabbah yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.….
MABRUK ALAIKUM~!!
5 months ago


0 comments:
Post a Comment